Forever Young

July 26, 2006

Satu Minggu yang Penuh(?)

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 12:59 am

Sejak hari Sabtu haritu masa aku telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti

yang sihat dan juga yang tak berapa sihat.Sebermula dari aktiviti mari berparti yang memang aku jarang buat (unless kalau dijemput/diajak),kemudian pergi ke sebuah kelab malam yang ternama kat sini (tengok kawan-kawan spin) dan jam-jam tu jugak aku terasa nak demam.Tapi beberapa jam kemudian walaupun dah membazirkan masa katsebuah after-party,aku masih tak rasa nak demam-demam jugak.

Cuma petang tu,lepas aku pergi main Laser Wars dekat Crown,aku dah ras tak sedap badan dan memang betul,malam tu jugak badan aku jadi panas gila dan sampai sekarang tak kebah-kebah lagi demam aku.

Pastu boleh la pulak ada hackers dari Kuwait ni pergi hack website aku (serta host server website aku).Nasib baik sekarang dah ok,thanks to sedara Mystic jugak la.

Akibat demam aku dan juga sakit badan yang aku tanggung lepas main Laser Wars aku tak pergi ke lecture Professional Practice Isnin sudah.Nasib baik kali ni takde aktiviti berkumpulan untuk subjek tersebut,kalu tak mati aku nak cari groupmates.

July 1, 2006

India vs China

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 1:01 am

The largest democracy in the world vs the largest socialist state in the world.

Dua-dua memang ada potensi untuk menjadi the next global economic superpower.

India dah hasilkan 9 bilionwan yang layak digelar antara manusia terkaya didunia dimana ia tak mampu dicabar oleh China.

Tetapi dalam masa yang sama, berjuta-juta orang di India masih lagi hidup dalam kemiskinan yang teramat teruk manakala taraf hidup penduduk di negara sosialis China makin meningkat dari hari ke hari, berkat dari usaha kerajaan China sendiri.

Disini aku nampak betapa sistem sosialis boleh berjaya lebih dari atas kertas dan bagaimana sistem demokrasi yang diagung-agungkan oleh kebanyakan dari kita boleh gagal dengan teruk sekali.

Merujuk kepada komen dari posting aku mengenai sistem sosialis/komunis,sekarang sudah ada bukti kukuh betapa sistem begini boleh berjaya.

Tak kira sistem monarki,sosialis,demokratik mahupun teokratik,ia semua bergantung kepada pemimpinnya.

Pemimpin yang baik akan menghasilkan negara yang maju dan pemimpin yang kurang baik akan menghasilkan negara yang kurang maju.

Tetapi,apakah jenis kemajuan yang ingin dicapai?

Powered by WordPress