Forever Young

November 21, 2006

Adzakael di Sci-Fi & Fantasy Festival 2006

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 11:25 pm

Aku akan berada di Cedko’s Sci-Fi & Fantasy Festival 2006 pada 15-17 Disember di Cineleisure Damansara nanti. Aku pergi situ bukan saja-saja jalan-jalan cuci mata, aku dijemput bagi presentation mengenai projek animasi Toni Giling aku serta animasi dan program anti dadah.

Siapa-siapa yang rasa nak tengok aku gelabah dan berpeluh bagi ucapan silalah datang ke pameran tersebut. Ada ramai juga kartunis lain yang akan bagi talk pada hari tersebut. Aku tak pasti bila aku punya turn, tapi bila dah confirm aku akan update.

November 16, 2006

Kuda Kepang,Amboi,Kuda Kepang…

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 10:59 am


Kalau pembaca perasan satu perkara, saya selalu kutuk kuda kepang. Terutamanya jika berbicara mengenai Black Metal. Lepas tu saya mesti letak juga barongan dalam kutukan tu serta perkataan-perkataan seperti ‘trauma’, ‘rasuk’ dan sebagainya.Memang betul saya pernah dikejar orang kena rasuk dalam permainan kuda kepang dan barongan. Begini kisahnya…. (more…)

November 13, 2006

Apa yang ku Mahu dari Seorang Hawa 2

Filed under: Kajiwangan — Adzakael @ 2:30 pm

Semakin lama aku memikirkan perkara ini, semakin kompleks ia menjadi. Aku menoleh ke arah kehidupan silamku, mencari jawapan yang telah lama aku ingini. Banyak perkara yang telah berlaku samada aku sedar atau tidak. Tak kurang banyaknya perkara-perkara yang telah menjadi intipati diriku dan yang telah kujaga menjadi rahsia yang sukar dibongkar dari dahulu.

Artwork lama gila

(more…)

November 12, 2006

Anak Muda Terus Ditekan

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 6:01 pm

dipetik dari http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/12/banned-in-kuala-kangsar/

Banned in Kuala Kangsar

The Repression Continues!

This gig was supposed to be held yesterday (11th November) in Kuala Kangsar; but it was cancelled about a week earlier. The reason given by the organisers on their MySpace page and buletins is this:

“(This) event yang sepatutnya berlansung hujung minggu ini terpaksa dihentikan kerana campurtangan dari pihak Polis, Jabatan Agama dan pihak Istana Perak. Mereka telah menentang event ini sekeras2nya. Kami cuba menjayakan jua tapi apakan daya the law is not on our side.�

In English: “The event which supposed to be held this weekend had to be cancelled due to the involvement of the Police, the Religious Department and the Perak Royal Palace. They all have forcibly gone against the event. We tried our best to make it happen but what are we to do, the law is not on our side.�

(more…)

November 11, 2006

Apa yang aku mahu dari seorang Hawa

Filed under: Kajiwangan — Adzakael @ 12:29 am

Pernah kawanku bertanyakan padaku “Wanita mana yang kau cari?”

Aku rasa jawapan yang aku berikan ini mengukuhkan sebab kenapa aku masih tak punya teman wanita sepanjang hidup aku.

Tiada lain yang kumahu selain dikau memahami diriku

(more…)

Suatu Ketika Di Masa Sekolah

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 12:14 am

Ada satu  bahagian dalam hidup aku dimana aku anti kepada saintis. Malah aku tak mahu  jadi saintis, tak kira dalam bidang apa pun. Aku tak hargai langsung sumbangan saintis di dalam kehidupan kita.

Semua kerana satu sebab.

Cikgu aku cakap “Nak jadi saintis kena tolak Tuhan.”

Sebagai seorang murid darjah empat yang setia, aku ikut saja cakap cikgu aku. Apa yang dia cakap memang beri kesan kepada kami yang kebanyakannya amat sayang kepada Tuhan. Kami tak mahu melupakan dan menolak kewujudan Tuhan maka dengan itu kami menolak sains.

Apakah kerna itu bangsa kita menghadapi kemunduran?

(more…)

November 10, 2006

Cerita Ayam Australia

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 1:22 am

Ramli melihat ke arah jam Seiko Kineticnya. Jarum panjang berada di samping angka 5. Nampak gayanya sudah 5 jam dia berada di sudut Kafe Pak Mat. Duduk lama-lama walau diatas kerusi empuk pun bukannya bagus sangat, tambah lagi dia dah minum 9 gelas kopi Jantan, seorang diri pula tu.

“Mana pergi mamat Jamil ni?” Ramli menghirup titisan terakhir kopi Jantan. Nampaknya malam ini Ramli memang tak boleh tidur malam. Kalau begitu seperti selalunya Ramli akan pergi mencari keseronokan di tengah malam di tengah kotaraya. Sudah tentu dia akan pergi menemui agen-agen keseronokan satu malam tapi yang kelas satu punya. Dia tak main dengan perkhidmatan kelas bawahan. Biarlah mahal pun asalkan dia puas hati.

Inilah kehidupan seorang bujang yang banyak wang. Biarpun berguni duitnya di Maybank tetapi dia tetap tidak punya teman hidup. Bukan apa, bagi Ramli mempunyai pasangan tetap memerlukan komitmen dan kongkongan pasti ada dan dia tak suka komitmen dan kongkongan dalam kehidupannya. Dia gemar akan kebebasan termasuklah kebebasan berkarya, ekspressi diri dan gaya hidup. Maka tidak hairanlah jika tahun lepas Ramli sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk berada di tengah-tengah Mardi Gras. (more…)

November 8, 2006

Demokrat atau Republikan?

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 8:40 pm

Demokrat atau Republikan?

siapa bakal menang?

Tapi nampaknya George W Bush bakal hilang kuasa

sejauh mana perubahan yang bakal dibawa nanti?

November 5, 2006

This Midnight

Filed under: Arts — Adzakael @ 5:16 pm
I’m feeling lonely tonight
And the moon,its shines,so bright
Yet the darkness is still inside
 
Then I saw you in my sight
Like an angel you are the light
That will shine in my life
 
This midnight
The full moon smiles again
As we dance
 
Beautiful
Come, take my arms 
And touch my soul
You complete me
Beautiful
And you take my breath away 
Asalnya ni lirik aku tulis untuk satu lagu yang kitorang buat dulu,tapi sampai sekarang tak dirakam lagi.

Maka Sultan bertitah…

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 1:46 pm

Dari http://www.jeffooi.com/2006/11/causeway_hear_what_the_johor_s.php

“Robohkan juga Tambak Johor… Datuk nenek aku (beta) dah kena tipu dengan Mat Salleh… “Tu causeway tu bukakan, baru negeri Johor ini maju…â€? “

Aku memang dari dulu sokong pembukaan semula Selat Tebrau berdasarkan pelbagai faktor yang aku kira memang akan menguntungkan negara. Pulangan disebalik pelaburan pembukaan semula selat tersebut memang amat tinggi.

Tapi mungkin ada cerita dibalik tabir yang merungsingkan Pak Lah…

Susah tau jadi pemimpin negara ni!

Apa-apa pun…

Daulat Tuanku!

Next Page »

Powered by WordPress