Forever Young

November 11, 2006

Apa yang aku mahu dari seorang Hawa

Filed under: Kajiwangan — Adzakael @ 12:29 am

Pernah kawanku bertanyakan padaku “Wanita mana yang kau cari?”

Aku rasa jawapan yang aku berikan ini mengukuhkan sebab kenapa aku masih tak punya teman wanita sepanjang hidup aku.

Tiada lain yang kumahu selain dikau memahami diriku

Pertama; kecantikan rupa.

Aku sukakan perkara yang cantik. Semua orang sukakan perkara yang cantik. Tapi kecantikan itu sendiri adalah subjektif. Jadi apakah tafsiranku dalam kecantikan? Hmmm, ikut keadaan masa rasanya.

Kedua; kecantikan peribadi.

Ini lebih penting dari kecantikan rupa. Kerana ini adalah perkara yang lebih sukar untuk dipupuk. Jika kecantikan rupa berbentuk fizikal dan mudah untuk diubah, kecantika nperibadi memakan masa bertahun-tahun untuk dibentuk dan memerlukan kesabaran dan banyak latihan.

Ketiga;mestilah dapat MEMAHAMI diriku.

Ini adalah perkara yang amat penting dari kedua perkara diatas. Kehidupan aku penuh dengan tanggungjawab. Bukan sahaja terhadap diri dan keluarga malah keatas keluarga besarku (suku kaum) dan masyarakat umum. Jika dia tak dapat memahami akan perkara ini, memang susah hidup kami.

Bondaku hanya pesan 3 perkara ini. Lama-kelamaan aku mula sedar dari mana akan datang 3 perkara ini jika tidak dari kehidupan yang berpaksikan agama. Jika begitu, aku perlu membaiki diri aku dahulu. Biarpun cabaran dunia moden memang kuat pengaruhnya, tetapi aku percaya aku akan dapat mengharunginya.

Aku sanggup menunggu walau 20 tahun lamanya. Biarlah seribu kali jiwaku dilanda keranapan (akibat jealous melihat kawan lain sudah berpasangan) akan tetapi akan ku pastika nia tidak meranapkan hidupku dan what cannot kill me will only make me stronger.

2 Comments »

  1. lu poyo ah….hahahah.

    Comment by mawi — December 12, 2006 @ 5:00 pm

  2. aku taktau lelaki bagaimana yang aku mahu..
    tapi aku tau aku belum jumpa lelaki itu..
    aku sanggup tunggu 20 tahun untuk lelaki itu..
    jiwa aku memang sudah lama ranap (akibat jealous melihat kawan lain sudah ada anak sendiri)..
    tetapi akan ku pastikan ia tidak meranapkan hidupku dan what cannot kill me will only make me stronger..

    Comment by ana — January 8, 2007 @ 10:35 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress