Forever Young

November 13, 2006

Apa yang ku Mahu dari Seorang Hawa 2

Filed under: Kajiwangan — Adzakael @ 2:30 pm

Semakin lama aku memikirkan perkara ini, semakin kompleks ia menjadi. Aku menoleh ke arah kehidupan silamku, mencari jawapan yang telah lama aku ingini. Banyak perkara yang telah berlaku samada aku sedar atau tidak. Tak kurang banyaknya perkara-perkara yang telah menjadi intipati diriku dan yang telah kujaga menjadi rahsia yang sukar dibongkar dari dahulu.

Artwork lama gila

Dari segala peristiwa lampau aku semacam nampak apakah yang bakal berlaku pada masa hadapan. Apakah yang bakal berlaku diantara aku dengan pasanganku. Kesemuanya telah berada dalam ramalanku, apa puncanya dan cara menghadapinya.

Aku juga telah menyedari sesuatu yang paling penting. Ia juga kenapa aku tidak dikurniakan seorang girlfriend ketika ini dikala aku merasakan hidupku terlampau kekosongan.

Aku tak punya ruang untuk trial and error dalam perhubungan.

Pasanganku adalah for life.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress