Cerita Ayam Australia
Ramli melihat ke arah jam Seiko Kineticnya. Jarum panjang berada di samping angka 5. Nampak gayanya sudah 5 jam dia berada di sudut Kafe Pak Mat. Duduk lama-lama walau diatas kerusi empuk pun bukannya bagus sangat, tambah lagi dia dah minum 9 gelas kopi Jantan, seorang diri pula tu.
“Mana pergi mamat Jamil ni?” Ramli menghirup titisan terakhir kopi Jantan. Nampaknya malam ini Ramli memang tak boleh tidur malam. Kalau begitu seperti selalunya Ramli akan pergi mencari keseronokan di tengah malam di tengah kotaraya. Sudah tentu dia akan pergi menemui agen-agen keseronokan satu malam tapi yang kelas satu punya. Dia tak main dengan perkhidmatan kelas bawahan. Biarlah mahal pun asalkan dia puas hati.
Inilah kehidupan seorang bujang yang banyak wang. Biarpun berguni duitnya di Maybank tetapi dia tetap tidak punya teman hidup. Bukan apa, bagi Ramli mempunyai pasangan tetap memerlukan komitmen dan kongkongan pasti ada dan dia tak suka komitmen dan kongkongan dalam kehidupannya. Dia gemar akan kebebasan termasuklah kebebasan berkarya, ekspressi diri dan gaya hidup. Maka tidak hairanlah jika tahun lepas Ramli sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk berada di tengah-tengah Mardi Gras.
Lelaki atau perempuan bagi Ramli semuanya sama sahaja. Semuanya mampu menjadi alat untuk Ramli melampiaskan nafsunya. Dua-dua ada thrill tersendiri. Sudah beberapa kali dia mengadakan orgy dirumahnya dengan bermacam-macam tema. Sebutlah bondage, S&M, bukkake, makan tahi, semuanya Ramli pernah buat. Paling penting baginya mestilah polisi no strings attachednya. Kepuasan yang terlibat mesti dipenuhi asalkan jangan jatuh hati.
Walaupun begitu, Ramli masih punya batas dalam aktiviti sosialnya itu. Dia takkan menjadi pedophile mahupun necrophile. Beastiality adalah pantangnya yang utama. Baginya kesemua itu menjijikkan dan tidak bermoral serta beretika. Malah Ramli selalu mengeji manusia-manusia yang punya fetish sebegitu. Pernah sekali Ramli membelasah seorang lelaki yang mengajaknya tidur bersama seorang budak lelaki dan anjingnya semasa Ramli berada di Romania. Hampir separuh mati lelaki itu dibagi silat dan jika tak kerana bunyi siren polis (sebenarnya bunyi siren bomba) sudah tentu Ramli terpaksa bersusah payah menghumban lelaki itu kedalam longkang besar.
Ramli melihat kembali jamnya. Lima 30 minit petang. Batang hidung Jamil masih lagi tak nampak.
Ramli mengenali Jamil semasa menuntut di sekolah sains. Tika itu Ramli masih lagi seorang yang dikira naif dan selalu mendampingi buku-buku tebal. Dia pada masa itu punya seorang girlfriend. Namanya Noreen. Lawa orangnya, putih melepak bagaikan stokin sekolah yang dibleach setiap minggu. Rendah sedikit dari Ramli. Senior asramanya menggelar Noreen ‘Nasi lemak seringgit’. Untuk 10 tahun seterusnya Ramli masih tak mengerti maksud gelaran tersebut sehinggalah ketika dia berada di Pangkor bersama rakan-rakan universitinya, malam yang sama Ramli mengenal maksud no strings attached.
Minggu lalu Ramli bertemu semula dengan Jamil ketika berclubbing di Atmosphere. Walau sudah sembilan tahun tidak bertemu, Ramli masih dapat mengecam wajah Jamil yang masih tidak berubah walau sekelumit pun. Dalam pertemuan singkat itu, Jamil memberi Ramli nombor telefonnya dan memberitahu Ramli bahawa dia sedang berniaga ‘ayam’. ‘Ayam-ayam’ Jamil, kata Jamil adalah ‘barang import yang enak, cantik, solid dan berbaloi dinikmati datang dari pelbagai negara’ (Jamil,di Atmosphere, 2006). Walaupun mereka gembira dapat bertemu kembali, tetapi Jamil terpaksa pulang awal atas ajakan ‘teman-teman wanita’nya. Ramli ketika itu amat kagum dengan kredibiliti Jamil.Esoknya terus ditelefon Jamil dan berjanji untuk bertemu di Kafe Pak Mat.
Jam enam petang. Ramli sudah bosan. Lama sangat dia menunggu. Agaknya memang adat bangsa dia selalu tak menepati masa. Baru sahaja Ramli mengangkat punggung, tiba-tiba Jamil muncul dibelakangnya. Mahu sahaja Ramli menengkingnya tapi bila dia ternampak seorang wanita berbaju merah disamping Jamil, terpaksa Ramli melupakan hasratnya itu. Jika tidak, mahu terkejut perempuan itu dan ia akan melupuskan peluang Ramli untuk bergembira dengannya.
“Wah, kencang bisnes nampak,” ujar Ramli. Jamil tersengih.
“Ala,ada la sikit. Baru-baru nak mula la katakan,” Jamil hendak menyambung ayatnya tetapi diganggu oleh bunyi Nokia N90nya. Ketika Jamil sibuk berbual di telefon, Ramli sibuk menjeling ke arah wanita berbaju merah itu. Putih melepak bagai salju. Bertubuh ramping bagaikan kerengga. Rambutnya ikal mayang, ada warna karan-karan sikit. Memang sedaplah Ramli nanti. Ramli mengenyit mata, perempuan itu menundukkan kepala. Malu agaknya,fikir Ramli.
“Hah Jamil, berkenaan ayam yang kau bilang tempohari…”
“Oh haa baru teringat, sebentar ya ada pamphlet,” Jamil membuka bag Samsonitenya. Ramli terkejut sebentar. Eh, bapak ayam pun pakai pamphlet dah sekarang?
“Kau suka ayam Australia?”
“Eh aku segala ayam aku bedal, ayam China, ayam Siam, ayam Indon, ayam Filipina, janji sedap, aku angkat!” berdekah-dekah Ramli ketawa.
“Ni aku bawakkan ayam dari Australia, dijamin bermutu, sedap, bersih dan takde penyakit,” wah bagus Jamil ni, produknya bermutu padan la bisnes kencang. Sudah tentu si merah manis ni produk terbaiknya. Ramli tersengih panjang.
“Wah, jadi, si baju merah ni kau punya…”
“Oh lupa nak perkenalkan, ni bini aku Noreen, dulu sama sekolah dengan kita dulu tu,” perempuan berbaju merah itu tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Wah, lembut sungguh kulitnya, nafsu Ramli mula menghasut dirinya dengan bermacam-macam jenis hasutan. Bini orang mesti banyak pengalaman, haaa malam nanti kau buat begini dan begini serta begini…
(Ketika itu, kalau pembaca sekalian ada imaginasi tinggi rasanya boleh dengar syaitan gelak ramai-ramai. Rasanya la.)
“Noreen ni bisnes partner aku, sama-sama jadi agen ayam daging dan telur untuk supermarket seluruh Selangor.” Jamil tersengih bangga.
Ketika itu Ramli rasa macam nak pengsan.