Forever Young

February 2, 2007

Berbakti kepada Negara

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 12:19 pm

Bagaimana untuk berbakti kepada negara?

Perlu duit banyakkah untuk berbakti kepada tanahair?

Perlu berkorban nyawakah untuk tujuan itu?

Jikalau tak sanggup maka apakah tidak layakkah orang itu untuk berbakti kepada negaranya?

Kita semua punya pendapat berbeda mengenai perkara ini.

Apakah dengan perlu mengorbankan sesuatu yang besar baru boleh dianggap sebagai telah berbakti kepada negara?

Bagaimana dengan yang sayangkan negara tetapi sayangkan nyawanya juga? Apakah dia boleh dikira bakal mengkhianati negara?

Pengorbanan yang besar demi negara dan rakyatnya adalah sesuatu yang mulia. Cuma yang ingin saya ingatkan disini bahawa banyak lagi perkara yang boleh dikira berbakti kepada negara yang mudah untuk dilakukan oleh semua.

Disini suka saya untuk menyenaraikan antara perkara-perkara tersebut:

1. Buang sampah dalam tong sampah.

2. Mengitar semula

3. Berlaku jujur

4. Menjaga kebersihan tandas dan longkang,baik awam mahupun persendirian.

5. Memelihara dan memulihara ekosistem sungai, tasik dan laut serta hutan belantara.

6. Menolak dan menghindari dari memberi dan meminta rasuah.

7. Bersopan-santun di jalan raya.

8. Menghormati undang-undang negara, walau betapa mengarut pun di telinga kita.

9. Menyayangi orang muda dan menghormati orang tua.

10. Sentiasa berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik.

11. Mengambil berat tentang keadaan sahabat-handai,jiran dan masyarakat keliling.

12. Berusaha untuk memahami kehendak dan keperluan orang lain.

13. Menyebarkan ilmu secara percuma kepada orang ramai.

dan banyak lagi yang aku tak terpikir buat masa ini.

Semoga dengan 50 tahun kemerdekaan kita, Malaysia akan menjadi lebih matang demi masa depan yang cemerlang.

Demi Tuhan untuk Rakyat

1 Comment »

  1. malaysia rules!

    Comment by dRA_gUNz — February 2, 2007 @ 1:06 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress