Boring Couple
Amad (bukan nama betul) berkenalan dgn Julia (pun bukan nama betul) di sebuah IPTS terkemuka tempatan. Ketika itu mereka baru berusia 18 tahun,lepasan SPM lah katakan. Hubungan mereka begitu intim sekali,sehingga pegi kolej sekali,pegi kedai sekali,duduk rumah sekali…bak kata orang bukan muda-muda,bagaikan belangkas. Begitulah situasinya sehingga umur mereka mencecah 26 tahun.
Itulah situasi yang aku panggil ‘Boring Couple’. Sepanjang umur remaja mereka dihabiskan bersama mereka berdua.Terlampau komited dan setia,tanpa rasa perlu untuk mencari alternatif lain dalam hidup.Mungkin org akan cakap,bahwa kesetiaan begitulah yang bagus.Ya,betul tapi pada aku kesetiaan begitu dihabiskan dalam situasi yang kurang betul.
Bayangkan kalau Amad dan Julia kahwin,sebelum mereka kahwin dah kenal gila rapat selama 8 tahun.Kemungkinan untuk mereka rasa bosan dgn pasangan masing-masing adalah tinggi.Tak mustahil jika mereka rasa menyesal kerana terlampau komited pada masa yang tak sepatutnya.
Aku rasa,dalam usia lepasan remaja ini haruslah kita banyak berkenalan dan bergaul dgn ramai orang tanpa sebarang ikatan.Bukan aku sarankan utk jalinkan hubungan ‘free love’ dgn prinsip ‘no string attached’.Hubungan bersih secara platonik pun dah cukup bagus kerna ia akan banyak membantu kita utk memahami ‘the other gender’ dgn lebih mendalam.
Apa yang aku perasan semasa aku sekolah menengah dahulu,apabila seseorang ditegur dan disapa oleh seseorang dari ‘opposite gender’nya,dia akan cepat perasan.Perasan apa,faham-faham sajalah.Ini kerna kita dimasa itu tidak didedahkan dgn konsep hubungan platonik,terutamanya di sekolah asrama penuh.Aku rasa jikalau aku tahu pasal konsep hubungan jenis ni awal-awal lagi perjalanan hidup aku akan lebih bermakna agaknya.
Sekian sesi merapu jam enam pagi waktu Melbourne.
CD terkini yang dibeli:
-’Until It Sleeps’(Single)-Metallica <---ada lagu 'Until It Sleeps' versi takde lirik,cuma dengar 'yeah,yeah,wowo,nanane'
-Les musiciens du Nil-Radio France <---- Lagu tradisional Mesir yang best.Baru aku tahu rebab tu alat muzik Arab yang bernama rabab.
-Music of Bali & Indonesia (Various Artists)-World Music Collection <—-Keroncong Indonesia ROCK!!!! Hahahahaah!!!!
hahahahhaha. hilarious. is the julia and amad guy based on sumone u know?
Comment by balkish tanggam — May 9, 2006 @ 9:34 am
hehehe
i would rather say that they were based on people that i know including the one i never met throughout my life ^_^
Comment by Adzakael — May 9, 2006 @ 8:52 pm