Pantun 3
Kuihnya koci dari Seputih
Daulatnya Kedah daerah bernama
Hatiku suci untuk berkasih
Kerana Allah kitakan bersama.
Laut bertukun rakit meminggir
Terlanggar peti karat dipaya
Lama bertahun daku memikir
Sudahkah hati dinda dipunya?
Kuihnya koci dari Seputih
Daulatnya Kedah daerah bernama
Hatiku suci untuk berkasih
Kerana Allah kitakan bersama.
Laut bertukun rakit meminggir
Terlanggar peti karat dipaya
Lama bertahun daku memikir
Sudahkah hati dinda dipunya?
Burung merpati pandai berlagu
Dipanah Jawa gila berperang
Kasih sejati andai kutunggu
Tenangkah jiwa bila mendatang?
Pintu dipalang papan melintang
Berpaku tujuh warisan moyang
Walau dihalang walau ditentang
Sanggupku tempuh demimu sayang.
Ini adalah anatara lagu kegemaran aku kerana liriknya. Ia amat berbeza dari lagu-lagu balada cinta lain yang pernah aku dengar. Nanti aku cerita kenapa.
Semakin lama aku memikirkan perkara ini, semakin kompleks ia menjadi. Aku menoleh ke arah kehidupan silamku, mencari jawapan yang telah lama aku ingini. Banyak perkara yang telah berlaku samada aku sedar atau tidak. Tak kurang banyaknya perkara-perkara yang telah menjadi intipati diriku dan yang telah kujaga menjadi rahsia yang sukar dibongkar dari dahulu.

Pernah kawanku bertanyakan padaku “Wanita mana yang kau cari?”
Aku rasa jawapan yang aku berikan ini mengukuhkan sebab kenapa aku masih tak punya teman wanita sepanjang hidup aku.

Powered by WordPress