Coffee House,pada asalnya…
Aku haritu tengok di SBS pasal sejarah kopi dan teh di Eropah. Rupanya pernah ada dibuat petisyen untuk mengharamkan kopi oleh wanita-wanita Inggeris kerana ia menurunkan prestasi dan kemahuan seks suami mereka.
Rupa-rupanya kedai kopi di Eropah pada zaman dulu sinonim dengan pelacuran. Diatas kedai kopi ada bilik-bilik dengan pelacur-pelacur untuk dilanggan pengunjung kedai kopi. Oleh itu setiap kali lelaki-lelaki ini pulang dari kedai kopi mereka amat letih untuk melayan isteri mereka.
Bayangkan jika senario itu berlaku dizaman sekarang…
Si A: Hello ha weih B! Jom pegi kedai kopi.
Si B: Hah boleh jugak A!
Sejam kemudian…
Si C: Hey B! Jom pegi minum kat kedai kopi!
Si B: Hah? Haaa, ye lah…
Sejam kemudian…
Si D: Eh B! Jom follow aku minum kat kedai ko…
Si B: Hah! Hotak ko,nak aku mati ke? Hari ni aje dah dekat 3 kali aku pegi,pengsan aku!
Hehehe…