Di KLCC Convention Centre Semalam…
Aku baru je pergi Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam. Lepas je meeting dengan AADK, terus pergi.
Sampai sana,ada mamat ni bagi aku tiket lucky draw. Lepas tu aku teruskan dengan prime objective aku iaitu mencari buku pasal ilmuwan Islam untuk projek aku yang akan datang.
Yang ada cuma buku katalog yang berharga RM40.
Keseluruhannya boleh la,memuaskan.
Aku kecewa sebab 90% dari benda yang dipamerkan hanyalah replika. Aku nak tengok the real thing. Aku tak kisah kalau kena bayar RM30 pun,janji boleh tengok banyak artifak asli. Nasib baik percuma je masuk kali ni.
Tapi paling penting bila aku lawat booth ANGKASA (Agensi Angkasa Negara)
Selama ni aku punya la kutuk projek main gasing dan batu seremban di angkasa diorang.Memang makian demi makian diberi sampai aku tengok penerangan diorang di booth tersebut.
Rupanya diorang ada 5 prime experiments yang lain yang akan dilaksanakan sepanjang angkasawan berada di angkasa. Satu pun takde kaitan dengan batu seremban atau gasing.
Memang kena respek la ANGKASA ni. Projek-projek yang nak dilaksanakan memang tahap antarabangsa, boleh compete dengan NASA atau agensi angkasa lain.
Aku cakap kat diorang “Korang kena cari PR officer yang lagi bagus daa…”