Forever Young

April 21, 2007

Ijok

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 8:12 pm

http://sushisalmon.blogspot.com/2007/04/ijok-santa-is-in-town.html

Memang menarik apa yang diperkatakan dalam blog diatas.

Memang banyak betulnya apa yang dicakap.

Memang sejak berdekad lalu BN semacam tak memperdulikan kawasan Ijok.

Macam mana aku tahu?

Sebab kampung aku di Bukit Badong dan aku memang agak arif dengan keadaan sekitar situ. Tambahan boleh dikatakan hampir kesemua orang Jawa disitu ada hubungan famili dengan aku. Aku pernah daki Bukit Badong yang dah botak tu waktu malam. Apa yang ada (atau pernah ada) dalam bukit tu pun aku tahu.Kubur sanak saudara aku banyak disitu, termasuk kubur abang aku. Mungkin aku pun akan berakhir disitu juga.

Apa pun aku harap sesiapa yang menang pilihanraya kecil ni akan membawa kemajuan yang sepatutnya dinikmati oleh orang-orang Ijok. Mereka semua ada hak tersebut. Kemenangan BN dikawasan tersebut dari 1964 dalam setiap pilihanraya menunjukkan orang Ijok rata-rata setia dengan BN, tetapi wakil rakyat mereka jarang atau hampir tidak pernah memikirkan dan memperdulikan mereka ini. Aku berani cakap BN telah mengkhianati kesetiaan warga Ijok selama 33 tahun. Aku berasa amat sedih dengan perkara ini.

Harapanku hanya Ijok akan dilanda transformasi positif selepas pilihanraya ini.

2 Comments »

  1. HIDUP IJOKKK!!

    Comment by hensem — April 22, 2007 @ 8:49 pm

  2. la, orang bukit badong gak ke?

    mmg, sejak aku kecik sampai aku hensem sampai skrg, sama je Ijok tu. tetiba kartiban… ek parthiban dan dr gigi tu nak jadi hero buat KLCC pulak dah kat Ijok.

    Comment by pakdi — April 24, 2007 @ 12:45 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress