Jalan Sepi Hutan Banding
Jalan Sepi Hutan Banding
Oleh: Adzakael
(Kisah ini pernah muncul dalam majalah G-Files terbitan Artsquare.Versi yang anda sedang baca ini telah ditokok tambah sedikit dari yang asal.Sungguh mencabar untuk menulis kisah psiko-thriller dalam jangkauan 2 mukasurat A4 dengan font 12pt dalam masa 4 jam)
Jono memandang ke arah Seri. Wajah ayu Seri dilindungi selendang putih memandang kosong ke arah dashboard kereta Jaguar Jono. Pandangan Jono bukanlah pandangan kasih seorang suami terhadap isterinya mahupun pandangan sayang seorang kekasih yang setia. Renungan Jono terhadap Seri tidak berisikan nafsu syahwat mahupun nafsu amarah, apatah lagi nafsu makan. Jono memandang tepat ke wajah Seri kerana Jono berasa aneh sekali.
“Apa yang dia buat tengah-tengah malam buta disini?� fikiran Jono mula membuat mukadimah. Ayat itu akan membawa Jono kearah kelompok pendapat-pendapat yang tak masuk akal lagi mistikus campur dengan pendapat-pendapat yang berlandaskan fakta sains dan teknologi.
Kira-kira setengah jam yang lalu, Jono masih lagi memandu seorang diri merentasi kawasan hutan Banding. Jalan disitu memang terkenal dengan keadaan gelap gelitanya. Pernah sekali Jono terpaksa memberhentikan Jaguarnya semata-mata untuk memberikan laluan kepada satu keluarga gajah untuk melintas jalan tersebut. Harimau bersantai sudah Jono jumpa berkali-kali. Oleh kerna itulah Jono berasa pelik sekali apabila dia ternampak seorang gadis berkebaya putih melambai-lambai ke arah Jono pada jam 11 malam dijalan tersebut.
Bukannya Jono tak tahu kisah-kisah seram yang berkait rapat dengan jalan besar hutan Banding. Dahulu ketika zaman darurat ada dua kes bas yang sarat dengan penumpang dibakar pengganas komunis dan orang-orang kampung sering menceritakan kisah mereka terserempak dengan bas-bas lama yang dikelilingi penumpang-penumpangnya yang sedang asyik mencari bahagian tubuh badan masing-masing dan ada yang berjalan-jalan kehulu kehilir mengendong tali usus masing-masing. Itu baru satu kisah.
“Cik Seri ni tak takut ke jalan sorang diri malam-malam ni?� Jono cuba memecah penghalang bicara. Seri menoleh dan memandang tepat kearah Jono. Takut juga Jono mahu membalas pandangan Seri, manalah tahu kalau-kalau Seri adalah gadis sadis yang dahulu pernah bermaharajalela di jalan hutan Banding. Kekejaman gadis tersebut mengakibatkan ramai jejaka-jejaka berdarah muda kehilangan otak akibat diratah gadis tersebut, kononnya untuk mencapai kehidupan abadi. Sampai kini gadis tersebut tak dapat dikesan jejaknya. Licik sekali.
“Takut jugak encik, nasib baik encik Jono lalu disini jikalau tidak entahlah…� jawapan Seri melegakan perasaan Jono. Jika perempuan ni seekor hantu, masakan ia akan berasa takut terhadap dirinya sendiri? Jono tersengih.
“Oh ya encik rumah saya di seberang sana tu,� arah yang ditunjukkan Seri menghairankan Jono. Apa taknya, ia membawa mereka semua masuk jauh ke dalam hutan Banding. Akhirnya mereka sampai dihadapan sebuah villa yang gilang-gemilang.Eh?Kat sini pun ada rumah ka?
“Masuklah dulu encik, bolehlah kita minum kopi bersama,� ujar Seri sambil memimpin tangan Jono ke arah ruang tamu villa. Jono akur sahaja sambil cuba menyelesaikan misteri villa di tengah hutan. Tiba-tiba muncul seorang lagi gadis jelita dihadapan Seri dan Jono.
“Encik Jono, perkenalkan ini kakak saya, Ayu Impian.�
“Apa khabar encik Jono,jemput duduk dahulu nanti saya bawa keluar supper,� pelawaan Ayu menggembirakan Jono yang sukakan jamuan lewat malam.
Sambil-sambil Jono membelek-belek koleksi VCD cetak rompak di ruang tamu, Seri dan Ayu datang membawa kopi panas dan piring kosong. Jono mula rasa tak sabar untuk menikmati supper yang mereka sediakan.
“Encik Jono minumlah dulu, nanti saya bawa keluar supper kita semua….segar dari kepala encik Jono sendiri,� belum sempat Jono memikirkan reaksi yang sesuai, Ayu mula menjerut leher Jono dengan tali piano. Seri mula menghidupkan mesin gergaji tengkorak. Jono meronta-ronta sambil memandang tepat ke arah wajah-wajah gadis yang amat gemarkan otak manusia. Otak Jono sudah tentu akan memuaskan selera mereka malam itu, sama seperti di malam-malam sebelumnya….
“Tunggu dulu Ayu,� Seri membawa keluar kunci Jaguar Jono. Ayu tersenyum.
_______________________________________________________________________
Jono memandang ke arah wajah Ayu dan Seri yang dilindungi selendang putih memandang kosong ke arah dashboard kereta Jaguar Jono. Pandangan Jono bukanlah pandangan kasih seorang suami terhadap isterinya mahupun pandangan sayang seorang kekasih yang setia. Renungan Jono terhadap Seri tidak berisikan nafsu syahwat mahupun nafsu amarah, apatah lagi nafsu makan. Jono memandang tepat ke wajah mereka kerana Jono berasa aneh sekali.
“Sungguh jelita wajah mereka ini.�
“Memang sesuai untuk dijadikan topeng terbaru koleksiku,� Jono membelek-belek wajah cantik gadis-gadis itu yang telah dikeringkan sejak seminggu lalu. Cedera di lehernya masih lagi dirasai. Seri dan Ayu tak patut leka dengan kunci kereta Jaguar itu kerana sebenarnya Jono lebih perkasa dari mereka.
“Tapi aneh, sudah 20 tahun aku ulang alik disepanjang jalan Hutan Banding, kenapa mereka tak pernah dengar akan perihalku, Jono Si Tukang Kulit?� ujar Jono sambil menghabiskan kerja-kerja menyiat kulit badan Ayu dan Seri.
“Rasa kurang famous pulak aku.�