Kuasa Seks
Bila sebut mengenai seks,ramai yang pasti akan tersengih,ketawa atau mengeji sambil menggeleng-geleng kepala. Ramai yang pasti akan terbayang aksi-aksi ghairah yang dilakukan semasa bersenggama samada di atas ranjang,di dalam tandas mahupun dibawah jambatan. Pasti juga ramai antara kita yang melihatnya sebagai suatu perkara yang kotor, yang tak patut dibincangkan secara terbuka. Sesiapa sahaja yang berbicara mengenainya pasti akan dilabel ‘gila seks’.
Tapi aku tak rasa ramai yang menyedari akan kekuatan kuasa seks. Kerana seks banyak empayar terulung dunia ranap. Kerana seks juga banyak rumahtangga runtuh atau terus berdiri utuh. Malah kerana seks jugalah kita punya banyak pemimpin-pemimpin terbilang dan ilmuwan-ilmuwan terulung wujud dimuka bumi ini. Mestilah, macam mana nak wujud kalau mak bapak diorang tak buat hubungan kelamin?
Aku pernah tengok bagaimana orang-orang yang aku kenali merana putus cinta kerana tak dapat memuaskan nafsu pasangan mereka semasa beradu tenaga. Kalau dibahgian lelaki selalunya disfungsi ereksi atau ejakulasi pra-matang. Kalau perempuan selalunya sebab kaku diranjang atau otot vaginanya tidak kuat. Ini membuktikan bahawa ramai antara kita tidak ambil serius dalam hal hubungan kelamin. Berapa ramai antara kita yang betul-betul menjaga kesihatan alat sulit masing-masing mahupun berusaha menjadikannya sebagai suatu alat yang gagah perkasa?
Selalunya usaha sedemikian dilaksanakan apabila kita mencapai usia 40-an, usia nak tua bak kata orang. Sudah terantuk baru mengadah. Semasa aku mula minum tongkat ali pada usia 20 tahun, kawan aku gelakkan aku dengan mengatakan “Itu minuman orang tua-tua,”. Tetapi sepatutnya dimasa muda inilah kita patut menjaga kesihatan tubuh badan kita,menjaga pemakanan,mengamalkan pengambilan ulam serta akar-akar kayu. Ini juga termasuk menjaga dan menguatkan alat sulit kita.
Ini belum lagi masuk bab ilmu penguasaan medan ranjang. Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami Kama Sutra dan Tantrik? Bukan,aku tidak maksudkan berapa banyak posisi yang dihafal,sebaliknya falsafah dan intipati ilmu tersebut. Ini termasuklah tujuan melakukan Kama Sutra, pemahaman disebalik tindak-balas dan lain-lain lagi.
Apabila aku mendalami ilmu-ilmu sebegini,aku dapat memahami keajaiban dan kekuatan yang dapat dijana dari seks.Bagaimana ia dapat mempengaruhi pemikiran dan keputusan pasangan,bagaimana ia dapat menjana rasa cinta yang lebih jitu serta bagaimana ia dapat menjadikan kehidupan kita rasa lebih bermakna dan sempurna disamping pasangan masing-masing.
Oleh itu,marilah kita bersama-sama ambil serius tentang perihal seks ini. Ia bukannya perkara yang boleh dibuat main-main (yang pada aku mengakibatkan semakin banyak one night stand) tetapi ia perlu dipandang berat kerana ia akan menjadi antara perkara yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan bangsa dan negara kita.