Manusia Itu Unik
People never cease to fascinates me.
Itu adalah perkara yang aku sentiasa temui sejak dari dahulu sehingga sekarang. Aku faham setiap manusia adalah unik, tiada satu yang sama dengan manusia yang lain.
Oleh kerana itu, aku sentiasa berminat untuk mengetahui setiap cerita, cita-cita, harapan, impian, mimpi ngeri, kejayaan, kegagalan, pendapat dan segala perkara yang bermain di dalam minda seorang manusia.
Oleh itu bagi aku, tiada pernah wujud perasaan bosan terhadap manusia.
Kadang-kadang manusia takut akan dirinya dilihat sebagai orang yang membosankan. Ini selalunya berlaku didalam keadaan yang dikira sunyi,tiada apa yang mahu diborakkan atau yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang perkara tersebut menghantui pemikiranku Tetapi aku mendapati bahawa adalah bagus bagiku untuk tidak memikirkan bahawa sesetengah manusia itu membosankan hanya kerana tak tahu nak berborak mengenai apa. Aku tahu dalam dunia ini ada 1001 perkara yang boleh diperkatakan meskipun ianya mengenai tandas. Percayalah, anda akan terkejut melihat sejauh mana diskusi mengenai tandas boleh membawa anda dari satu topik ke satu topik yang lain.
Aku tahu dalam setiap manusia terselit 1001 pengalaman yang boleh dikongsi bersama, itu belum lagi perkara-perkara yang harus dilabel sebagai ‘RAHSIA’. Jika kita kumpulkan perkara-perkara ini dari satu orang manusia, aku percaya ia akan mengambil masa yang amat panjang untuk dikompilasi, apatah lagi untuk dihuraikan.
Paling penting bagi kita adalah untuk mempunyai fikiran yang terbuka dan memahami bahawa ‘one man’s junk is another man’s treasure’. Dengan itu kita akan dapatĀ menghargai setiap orang yang berada disekeliling kita.
Siapa kata mamat nerd dihujung kelas tu membosankan?