Forever Young

April 17, 2006

Nampak Sangat Aku ni Pemalas

Filed under: Uncategorized — Adzakael @ 1:59 am

gile la,lama betul aku tak menulis.punye la tension dengan segala kerja yang melambak dan dengan tutor yang kerek tahap arnab Easter.Nak je aku bagi tapak kaki beruang kutub Barat,tapi takpe,kite tunggu je masa yang sesuai.

Baru semalam aku dapat tengok cerita Puteri Gunung Ledang.Punye la ‘best’,macam kura-kura Galapagos!Lembab,konon poetic tapi pathetic.Anjakan paradigma dalam perfileman tempatan konon.

Tapi,ada satu benda yang aku perasan dalam cerita PGL ni.Puteri Gunung Ledang ni,seorang yang pendek akal.Lagi pendek akal dari Sultan Melaka sendiri.Kalau kita perhatikan baik-baik cerita tu,Gusti Putri kalah dari banyak sudut.Memang kalah besar,big time la bro.

Sultan pun kalah,tapi sekurang-kurangnya die tak perlulah bersusah-susah nak sediakan semua tujuh hantaran.Si Gusti Putri ni pulak,dah la tak dapat gerak keluar dari area Gunung Ledang,kena sumpah lagi tu.Bodoh punya perempuan.Tak boleh ke pikir cara lain,macam lari dari Tanah Melayu ke,pegi la cari jodoh kat tempat lain, si Tuah tu jugak yang ditunggu.Betul la,love make you go stupid.Kalau blind takpe lagi,ni stupid,tak berakal.

Aku sekarang tengah mengimbau balik memori silam.In particular time aku dekat MRSM Gerik dulu.Sekolah jahanam yang dibina untuk menjadikan penduduknya sebagai satu masyarakat yg dorsile,jumud,tak bole berfikir dan racist.Bagi aku,konsep penubuhan sekolah berasrama telah lari dari objektif asalnya,songsang dari matlamat.Aku menentang sekeras-kerasnya penubuhan sekolah asrama penuh di Malaysia.Aku lebih senang dengan penubuhan sekolah komuniti.

Baru ni,sekolah asrama penuh telah menjadi sarang homoseksual.Aku dah dapat kesan benda tu dr masa aku kat Gerik lagi.Ini adalah the breeding ground utk melahirkan pemusnah-pemusnah tamadun manusia.Ia tak mengajar manusia untuk berdikari,bermasyarakat,hormat-menghormati,kasih-sayang.Sebaliknya ia mengajar manusia untuk tunduk dengan hukum rimba,hukum senioriti dan penghormatan bukan diukur dari segi wisdom.

Oleh itu wahai pembaca sekalian,aku menyeru agar kita semua berganding bahu menghapuskan Sistem Sekolah Berasrama,samada Penuh atau tidak.Ia tidak berjaya menghasilkan masyarakat yang bertamadun,sebaliknya ia menjadi sarang kepada benih-benih yang bakal memusnahkan negara.

1 Comment »

  1. Hi,
    Saya tak pernah sekolah berasrama, jadi saya kurang tahu buruk baiknya. Just a note to say it’s nice to see you blogging! How about putting in some of your beautiful illustrations?

    Comment by Awang Goneng — April 20, 2006 @ 11:18 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress