Forever Young

November 5, 2006

Nikmat yang dikufuri?

Filed under: Architecture — Adzakael @ 10:56 am

Semalam masa aku berborak-borak sama kawan aku di Malaysia,dia telah menceritakan sesuatu yang membuatkan aku turut bengang.

Al-kisah ketika kawan aku si Ridha sedang melepak bersama rakan taulannya,salah seorang kawannya memperkenalkan kakaknya seorang arkitek berdaftar (Part 3) kepadanya sambil menjelaskan kepada kakaknya yang Ridha juga seorang arkitek.

“Awak ada part 3 ke?” tanya wanita tersebut kepada Ridha.

“Takde lagi,” Ridha menjawab.

“Kalau takde part 3 don’t call yourself an architect,” dan wanita tersebut berlalu begitu sahaja,meninggalkan Ridha dalam keadaan panas dan bengang.

Apa silap wanita tersebut?

Jika dia mengatakan “Oh takde part 3 lagi?Bila nak dapat?” mungkin situasinya akan jadi berlainan dan mungkin mereka berdua boleh menjadi kawan.

Tapi yang paling penting disini ialah wanita tersebut dilihat sebagai sombong,angkuh dan menyalahgunakan nikmat ilmu dan kedudukan yang telah dikurniakan. Ini kita boleh katakan sebagai kufur nikmat. Dengan nikmat tersebut wanita itu telah merendah-rendahkan kedudukan orang lain.

Sepengetahuan aku para arkitek ulung sedunia seperti Louis Kahn,Frank Gehry,Philip Johnson dan ramai lagi tidak pernah bersikap sombong terhadap orang lain semata-mata mereka telah menjadi arkitek yang hebat. Walaupun ada antara mereka yang degil (artists ego) tetapi mereka akan sentiasa gembira berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa merendah-rendahkan orang lain.

Sepengetahuan aku juga tak pernah aku jumpa arkitek lain yang berperangai sebegitu rupa. Jikalau ada, maka mereka patut duduk cermin diri sendiri dan berfikir apakah betul perkara yang mereka lakukan.

Oleh itu aku ingin mengingatkan kepada semua dan juga diri sendiri agar tidak sombong dan merendah-rendahkan orang lain semata-mata telah mencapai sesuatu, terutamanya yang tak ramai mampu memilikinya. Ingatlah juga bahawa nikmat yang kita ada di dunia ini boleh ditarik balik dengan begitu sahaja tanpa amaran.

1 Comment »

  1. pergh..berlagak gile pompuan tu…die ingat die ade part3 die hebat la…ini la sbbnyer nape mase blaja dulu kitorang anti ngan lect2 yg ala2 tunjuk hebat ni..cite2 nak jd arkitek, tapi tak kesampaian…sedangkan taklah hebat mane..as i myself strongly believed dat architecture is sumtin very subjective that there would be no right or wrong..so all these architects/architects wannabe shouldnt condemned students gile2…sbb sume tu leh buat student rase down and tak konfident…oooppss..sori, terbanyaklak komen..peace..:P

    Comment by maz — October 16, 2007 @ 1:05 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress