Organ:Derma atau klon?
Baru-baru ini disuratkhabar kita diberitakan tentang 9,000 pesakit buah pinggang yang mungkin terpaksa ‘menutup mata’ lebih awal akibat kekurangan penderma buah pinggang di Malaysia.Tadi dikhabarkan 12,000 buah pinggang mangsa kemalangan disia-siakan begitu sahaja tanpa dapat digunakan oleh pesakit buah pinggang kerana pelbagai sebab. Antaranya kerana keengganan kita mahu menjadi penderma organ.
Aku antara orang yang tidak mahu mendermakan mana-mana bahagian tubuh badanku kepada orang lain. Bagi aku tubuh badan yang dipinjam oleh Tuhan hendaklah dijaga dan dipulihara oleh tuan badannya dan tidak boleh diberikan kepada orang lain. Lagipun, orang-orang yang menjalani pemindahan organ menghadapi pelbagai risiko lain seperti rejection yang turut akan menyusahkan penerima organ terbabit.
Oleh kerana itu,aku menyokong kajian dalam pengklonan tubuh badan manusia.Banyak faedah yang kita boleh dapat dari kajian ini.Organ dan bahagian tubuh badan manusia akan mudah dihasilkan tanpa perlu merayu kepada orang ramai untuk mendermakan tubuh badan mereka. Penerima pula tidak perlu menghadapi risiko rejection kerana ia adalah 100% serasi dengan tubuh mereka.
Tetapi ramai orang menentang kerana untuk melakukan perkara tersebut kita terpaksa mengambil sel dari embrio. Mereka berpendapat embrio adalah makhluk bernyawa dan amatlah tidak beretika untuk menjadikan embrio sebagai alat ganti tubuh manusia. Akan tetapi jika mereka memahami hakikat kejadian manusia yang ditiupkan nyawa ke dalam badannya lama selepas menjadi embrio (selepas lengkap kejadiannya) ,mungkin mereka akan berubah fikiran. Ini kerana embrio yang digunakan untuk proses pengklonan adalah bersifat primitif dan tidak sempurna untuk dipanggil sebagai manusia. Kerana sifat primitif itulah ia mampu menjadi apa-apa jenis sel yang kita mahukan melalui proses-proses tertentu.
Jadi marilah kita bersama-sama menyokong usaha saintis sedunia dalam kajian pengklonan tubuh badan manusia.Janganlah pula kita menyokong usaha untuk mengklon manusia,itu memang betul tidak beretika.
salam
erti hidup : http://saifulislam.com/?p=518
tQ
Comment by umamah — May 27, 2007 @ 1:44 pm