Forever Young

April 9, 2007

Pantun 3

Filed under: Arts, Kajiwangan — Adzakael @ 12:53 am

Kuihnya koci dari Seputih
Daulatnya Kedah daerah bernama
Hatiku suci untuk berkasih
Kerana Allah kitakan bersama.

Laut bertukun rakit meminggir
Terlanggar peti karat dipaya
Lama bertahun daku memikir
Sudahkah hati dinda dipunya?

Birunya tenda emasnya benang
Untuk kerabat raja negara
Senyuman dinda akanku kenang
Buat pengubat hati yang lara.

Terbakar jubah tika bersua
Baju terbalik daku diberi
Bersatu sudah kita berdua
Restu Al-Malik sama dicari.

Bergurau senda adat bercinta
Itu petanda hidup diseri
Katakan dinda apa dipinta
Moga kekanda dapat mencari.

Rakit penggawa bawa bejana
Isinya todak atas jerami
Sakit dijiwa aku merana
Kenapa tidak dikau fahami?

Ikannya kelisa menjadi idaman
Dibuat hidangan tetuan panglima
Tiada bahasa seindah senyuman
Pengukuh hubungan sahabat selama.

Dalam kurungan tidak bersukan
Membawa kesan pada sarafnya
Sombong hubungan dinda elakkan
Semua insan sama tarafnya.

Adinda sayang masam mencuka
Pedih diganyang amarah ketua
Ketawa riang ramai yang suka
Sedih seorang tiada berdua.

3 Comments »

  1. jiwang karat sangat. bagilah pntun yang membina.tentang dadah ke, alam sekitar ke, persahabatan ke.ini semua cinta.jangan marah.hehehe

    Jekael: Heheh tak marah la, anyway ada jugak pantun pasal persahabatan dan budi bahasa,mungkin terlupa letak kot….

    Comment by saleha — April 16, 2007 @ 12:01 pm

  2. salammmm..

    wah bang .. aku suka pantun cam gini..

    sukukatanya tersusun dan semacam menepati hukum pantun.. err ko punye ker??

    kalu bukan ko punye.. siapa punye.. cam bestttt gittew..

    Jekael: Yup, ini pantun memang karya original ^_^

    Comment by Emio — April 16, 2007 @ 2:25 pm

  3. a’kum jiwang sangatlar bang nape tak letak pasal dadah 100%.

    Comment by eza@faizah — July 27, 2007 @ 10:39 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress