Pendapat Anda?
Aku bagi satu situasi.
Apakah pendapat anda,dalam konteks masyarakat Malaysia,tentang penayangan karya visual yang memaparkan aksi senggama dan penampilan anggota sulit manusia kepada umum?
Aku tanya benda tu kepada rakan-rakan aku (dan mereka semua adalah budak-budak bandar yang liberal).Semua sekali mengatakan mereka tidak setuju tentang perkara tersebut,hatta untuk tujuan pendidikan,hatta selama 10 saat.
Itu yang berlaku di Malaysia baru-baru ini.Di Pawagam Mini P Ramlee telah ditayangkan filem yang ada 2 adegan yang dikira provokatif di Malaysia.Aksi senggama selama 10 saat dan penayangan buah dada wanita selama 30 saat didalam 2 filem.
Maka,pihak kerajaan telah mengarahkan program itu dihentikan buat sementara sambil dinilai semula akan program tersebut.
Tetapi,ramai orang terutamanya didalam lingkungan perfileman tidak setuju dengan tindakan kerajaan.Ada yang mengatakan kerajaan mengamalkan double standard,yang di kelab malam semua terlepas tetapi program filem ini dihentikan.Walhal yang dikelab malam turut menampilkan perkara yang tak senonoh.
Aku turut dihentam ketika aku mengingatkan dan mengatakan kepada mereka bahawa apa yang berlaku di pawagam mini tempohari memang menyalahi undang-undang.http://dunia-vovin.blogspot.com/2006/04/jurnal-isu-lucah-kaki-kino-bagaimana.html#links
Aku tertanya-tanya,didalam dunia seni yang penuh kekreatifan (yang kebanyakannya wujud akibat tekanan undang-undang,tak kira undang-undang agama atau hukum fizik) kenap perlu untuk menunjukkan adegan seks sebagai adegan seks?Bukankah ada banyak cara untuk menceritakan tentang babak tersebut?Tidak bolehkah menggunakan metafora?A.Samad Said ada menulis tentang cerita-cerita berunsurkan seks yang beliau dengari ketika meniti usia awal remajanya yang diungkapi dengan penuh metafora (itupun kena jugak marah dengan ibunya).
Filem-filem Melayu pun banyak menyelitkan metafora-metafora yang menceritakan tentang adegan zina,seperti menggunakan aksi cerucuk konkrit sedang ditukul masuk ke bumi (mengakibatkan penggunaan kata ‘piling’ dikalangan kawan-kawan aku,bagi menjelaskan perlakuan seks penis-vagina).
“Necessity is the mother of inventions”.Jadi,kalu undang-undang cakap tak boleh tapi kita rasa perlu nak ceritakan babak tersebut,maka ciptalah cara utk melaksanakan niat kita itu tanpa menyalahi undang-undang.
“Aku tanya benda tu kepada rakan-rakan aku (dan mereka semua adalah budak-budak bandar yang liberal).”
Liberal ke… sekular?
Comment by Zairul Darney — April 26, 2006 @ 9:23 am
Dua-dua kot hehehee.
Comment by Adzakael — April 26, 2006 @ 9:02 pm
setuju!
Comment by t — May 17, 2006 @ 4:35 am