Satu Ketika yang Aneh
Petang tadi masa aku lepak dengan kawan aku si Azhar/Avex,kitorang perasan satu benda yang agak pelik.
Azhar nak hisap rokok,tapi hajatnya terbantut selepas menyedari yang dia terlupa membawa sumber api mudah alih atau dikenali sebagai pemetik api.
Antara alternatif membeli pemetik api dikedai belakang kami,Azhar mengambil keputusan untuk meminta api dari sesiapa sahajaa yang sedang berjalan sambil menghisap sumber bahan tercemar atau dikenali juga sebagai rokok.
Dan kami menunggu.
Selama 12 minit,kami tak jumpa seorang pun yang menghisap rokok sepanjang blok di Elizabeth Street.Aneh,semua orang yang lalu-lalang langsung tak punya rokok samada dicelah jari atau dikepil dicelah bibir.
Apakah kempen anti-rokok yang dilancarkan oleh kerajaan Australia mula menampakkan impak?
Apakah semua orang memang takut melihat kaki perokok yang dipotong akibat dari tabiatnya yang menyebabkan gangren?
Akhirnya,dapat juga api dari seorang mamat Aussie yang turun dari bar berdekatan.
Dan ketika itu,baru nampak kelibat orang-orang yang berjalan menghisap rokok di Elizabeth Street.
hahahhhahha…..
sebenarnya kalo dah jadi perokok tegar tu,memang payah la nak berhenti ,macam aku ni…..
sebenarnya aku tak berapa percaya sangat mengenai kempen2 anti merokok……
bagi aku,kalo nak berhenti merokok bergantung pada diri sendiri dan niat individu tu,samada betul2 berazam nak berhenti ataupon tak…..
Comment by epul — July 21, 2006 @ 2:12 pm