Forever Young

November 5, 2006

Scientologist:Pengalaman 3 minit aku

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 12:12 am

Pada suatu petang yang ceria, aku dan kawan aku bersiar-siar dipinggir Melbourne Central dimana kami ternampak satu kiosk mengenai stress level detection. Aku dah banyak mendengar mengenai perkhidmatan itu maka aku pun pergi mencubanya sendiri.

Selepas memperkenalkan diri (seronok juga melihat orang putih kepayahan menyebut nama aku) aku diberi taklimat serba sedikit mengenai alat yang dapat mengukur tahap stress aku. Mesin tersebut mempunyai dua batang rod untuk dipegang. Apa jua isyarat stress dari diri aku akan melalui rod tersebut seterusnya akan diukur oleh alat mereka. Maka aku pun memegang rod logam tersebut.

Kemudian aku diminta untuk mengingati perkara atau individu yang aku kurang gemari. Ketika aku sedang memikirkan siapa atau apa, tiba-tiba meter alat tersebut naik laju sehingga ke paras maksimum. Aku pun pelik,belum fikir apa-apa lagi dah naik meter?Aku teruja.Atau lebih tepat lagi aku pura-pura teruja.Huiyoooo

Aku pun diberi sedikit penjelasan kenapa ia bole berlaku begitu. Aku pun mengiyakan sahaja sambil kawan aku terkekek menahan ketawa. Selepas itu aku ditunjukkan DVD dan buku-buku mengenai perkara stress sambil mengatakan “Sudah 30 juta unit terjual seluruh dunia,”. Memang la,kalau 30 juta tu semua ahli persatuan mereka logik la.

Agak-agak korang,ada tak kemungkinan aku akan terpengaruh dengan dakyah Scientologist ini?

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress