Forever Young

November 11, 2006

Suatu Ketika Di Masa Sekolah

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 12:14 am

Ada satu  bahagian dalam hidup aku dimana aku anti kepada saintis. Malah aku tak mahu  jadi saintis, tak kira dalam bidang apa pun. Aku tak hargai langsung sumbangan saintis di dalam kehidupan kita.

Semua kerana satu sebab.

Cikgu aku cakap “Nak jadi saintis kena tolak Tuhan.”

Sebagai seorang murid darjah empat yang setia, aku ikut saja cakap cikgu aku. Apa yang dia cakap memang beri kesan kepada kami yang kebanyakannya amat sayang kepada Tuhan. Kami tak mahu melupakan dan menolak kewujudan Tuhan maka dengan itu kami menolak sains.

Apakah kerna itu bangsa kita menghadapi kemunduran?

Aku tengok ramai juga orang Malaysia yang tak hargai sumbangan saintis-saintis tempatan. Paling selalu kita jumpa orang yang memperlekehkan orang-orang yang mengambil Ph.D. Ayat paling tipikal “Alah, setakat salin tesis orang lain aku pun boleh buat.”

Sepatutnya kita mesti hargai sumbangan para saintis ini. Kalau tak kerana mereka banyak kemudahan dalam hidup takkan dikecapi. Kita mungkin masih hidup di bawah cahaya lampu minyak tanah tak buat apa-apa. Hidup serba kemunduran. Tak tahu perihal dunia luar.

Berbalik kepada perkara pertama tadi, aku terfikir betapa cikgu-cikgu disekolah ketika itu ada yang selalu membawa fakta dan fahaman songsang. Aku ingat lagi ketika kawan aku membawa satu not duit pokok pisang zaman Jepun, cikgu aku cakap duit itu duit palsu / duit mainan dan tiada nilai. Maka kawan aku main gunting sahaja duit itu tanpa menyedari not itu adalah sebahagian dari sejarah Malaysia. Itu belum lagi masuk bahagian dimana cikgu sekolah menyongsangkan fakta mengenai ideologi seperti sosialisme yang sampai ke satu tahap dianggap fahaman ateis dan kejam dan tidak boleh maju serta hanya berkesan diatas kertas. Hakikatnya terdapat parti sosialis yang masih berpaksikan agama seperti Social Christians (Itali) dan fahaman Islamic Socialist yang diamalkan oleh Muammar Qaddafi dan Zulfikar Ali Bhutto.

Cikgu-cikgu sekolah ketika itu punya keistimewaan dalam mempengaruhi anak muridnya mengikut kata mereka kerana ketika itu masih tiada lagi Internet dan sumber maklumat adalah terhad. Kini jika punya kemusykilan kita boleh bertanyakan kepada sumber-sumber dari Internet.

Tetapi apa yang lebih penting disini adalah cikgu sekolah seharusnya berlaku jujur dan telus dalam membentuk peribadi anak murid mereka. Kita seharusnya selalu berkata yang benar dan tidak mengubah fakta mengikut nafsu masing-masing. Kejujuran adalah tonggak utama dalam masyarakat yang maju. Jika kejujuran dipangku dengan keikhlasan dijiwa maka kepercayaan dapat diwujudkan dikalangan kita. Dengan kepercayaan itu kita dapat mengeratkan serta mengukuhkan perpaduan sesama manusia merentasi bangsa, agama dan kepercayaan.

Dengan kejujuran dan kepercayaan itu juga sedikit demi sedikit kita akan menjadi satu bangsa yang teguh, satu bangsa yang akan berdiri dengan sendirinya tanpa terlampau bergantung dengan bantuan dari luar malah akan dapat membantu masyarakat lain untuk berdiri sama tinggi dengan kita semua. Walau berbeda pendapat tapi lambat laun kita akan sedar perbezaan itu yang akan mengeratkan kita semua jika kita dapat memahami antara satu sama lain. Perbedaan itu yang akan menjadi rencah dalam kehidupan kita dan perbedaan itu akan melahirkan pemikiran yang kritis dan terbuka.

Janganlah kita sisihkan mereka yang lain dari kita semata-mata mereka tidak mendengar muzik yang kita gemari. Dengarlah apa yang mereka mahu katakan. Sesungguhnya telinga kiri bapa Abu Nawas busuk kerna beliau tidak mahu mendengar hujah pihak kedua.

2 Comments »

  1. bro .. Leh x sy ambek 1 artikel buh kt site sy? yg kt ricecooker 2 .. Hehe ..

    Jekael: Yaa ape salahnye,silakan.

    Comment by dRA — January 14, 2007 @ 4:35 am

  2. bagus entry ni. keep it up :)

    Comment by cicak — September 21, 2007 @ 10:47 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress