Forever Young

May 11, 2006

Suatu Petang Di Kafe Pak Mat

Filed under: Isu Tak Merepek — Adzakael @ 7:14 am

Jam lima petang.

Fahmi duduk diatas kerusi kaki tiga kayu jati sambil menikmati kelazatan kopi sebenar,aroma Kopi Cap Piala menenangkan resah jiwanya.Dia menantikan kedatangan rakan setugasnya,Mahmud yang telah mengatakan janjinya untuk bertemu dengan Fahmi di anjung Kafe Pak Mat.

“Sejahtera ke atas kamu,”suara garau Mahmud menyapa.

“Waalaikumsalam,”mereka berjabat tangan.

Selepas selesai menghirup tiga cawan kopi hitam atau dalam bahasa Inggerisnya Black Coffee serta menghabiskan tiga piring pisang goreng rangup dari gerai Mek Jenab dan setelah berjela-jela berbicara mengenai topik-topik yang dikira tidak penting bagi pak menteri di jabatan kerajaan mahupun oleh encik penyapu sampah ditepi jalan,Fahmi mula bebicara serius.

“Mahmud,aku komunis,”perkataan terakhir dari mulut Fahmi menyentak Mahmud.

“Apa,kau dah murtad?!”reaksi awal Mahmud menyebabkan burung merpati di tepi anjung menjadi mangsa jirusan kopi panas Pak Mat.

“Bukan,aku ambil fahaman komunis sepertimana kau sanjungi fahaman demokrasi,”Fahmi cuba menerangkan fahamannya kepada rakannya itu

Wajah Mahmud mulai merah padam.Amarahnya bagai terlukis dicatan mukanya.

“Jadi kau sokong Chin Peng lah?!Kau sokong apa yang Chin Peng dah buat lah?!”tempik Mahmud.Beberapa orang pelanggan kafe mula pandang-pandang.

“Kau tahu tak,orang-orang Chin Peng dah sembelih atuk sedara aku!”

“Komunis tu kejam!Mereka bunuh ramai orang!Mereka tolak Tuhan!Takde agama punya orang!”cerca Mahmud lagi.Kali ini kucing peleseran di tepi jalan pula terkejut lantas meninggal dunia disitu akibat lemah jantung.Innalillah wa innalillahirajiun.

“Bertenang Mahmud,bertenang,”Fahmi cuba memujuk.

“Aku respek kau sanjung demokrasi dan aku cuma perlukan kau respek pendirian aku juga.”

“AHHHHH!SEMUA KOMUNIS SAMA!KEJAM!PEMBUNUH!ATEIS!”Mahmud meninggikan suaranya lagi.

“Habis,baju kau made in mana?”Fahmi bertanya.

“China,apasal?”Mahmud pelik dengan soalan itu.

“China negara apa?”

“Komunis.”

“Kalau kau benci komunis,kenapa kau pakai baju ni?”Mahmud terdiam sebentar.

“Kau sokong Amerika serang Iraq?”tanya Fahmi sambil memesan satu lagi kopi panas.

“Tak,tambah pulak Iraq tu negara saudara se-Islam kita,”Mahmud menjawab dengan penuh keyakinan.

“Amerika negara demokrasi,bukan?”

“Ya betul tu.”

“Adil tak kalau aku cakap kau sokong Amerika serang Iraq semata-mata kau sokong dan sanjung prinsip demokrasi?”

“Tapi demokrasi Amerika dengan demokrasi aku lain-lain,”Mahmud cuba mempertahankan dirinya.

“Betul,tapi namanya masih demokrasi kan?”

“Agak-agak kau la Mahmud,adil ke tidak bila orang tuduh aku kejam dan ateis semata-mata apa yang Chin Peng dah buat dulu?”

“Agak-agak kau la Mahmud,logik ke tidak di dunia ni ada bermacam jenis fahaman komunisme?”

“Agak-agak kau la Mahmud,layak ke tidak bagi seorang manusia seperti aku mengubah perkara-perkara negatif dalam fahaman ciptaan manusia demi menjadikannya lebih baik?”

“Agak-agak kau la Mahmud,jika kita masih berdendam dengan orang yang buat salah dengan atuk-atuk kita tetapi bukan dengan kita,apakah dendam kita tu berbaloi dan betul disisi Tuhan?”

Petang itu mega merah membara.

6 Comments »

  1. komunis takkan membawa apa2 perubahan yang baik, teori memang cantik tapi dari segi praktikal ianya menjahanmkan. cuba check statistik kematian di setiap negara yang apply communism.pejam celik pejam celik, takde satu negara pun yang berjaya dengan fahaman komunis.

    komunis = pembunuh.

    Comment by ai — May 22, 2006 @ 4:42 pm

  2. so does monarchy
    so does army junta
    so does democracy
    semua sama
    semua jadi pembunuh bila manusia tunduk kpd kuasa
    “Power corrupts and corrupts absolutely”
    tapi Michel Foucalt cakap
    “Power is not evil”

    negara Cuba,negara yg mempunyai the best medical facilities in the world
    diorang bwk fahaman ape?
    Yugoslavia,sblm krisis dan perang
    mempunyai sistem air yg bagus,lagi bersih dr mana2 negara maju yg lain
    nak citer psl pembunuhan politik?
    demokrasi pon sama,paling teruk Amerika la
    semua yg tak demokratik dibunuh
    kenal tak kenal bukannye die peduli
    demokrasi sungguh siram Agent Orange satu Vietnam
    demokrasi sungguh tembak rakyat Vietnam yg tak bersalah dan tak tau ape2
    demokrasi sungguh ceroboh Iraq sampai Iraq perang saudara diorang takleh/takmau buat ape2
    demokrasi sungguh Amerika,halang Iran developt tenaga nuklear
    walhal membiarkan Australia menjual Uranium kpd China,sebuah negara komunis
    demokrasi sungguh Amerika,membiarkan rakyat kulit hitamnya terkontang-kanting selama seminggu di New Orleans akibat bencana alam

    nanti ade masa aku buat artikel psl power relations

    Comment by Adzakael — May 23, 2006 @ 8:03 am

  3. aik.. afsal theme color camnih plak.. rasa cam x best.. hehe..
    Demokrasi dan demokratik tuh bagus.. yang tak bagus ialah Demoktaik :p
    Komunis plak. susah nak kaya dan hidup sedang.. sebab konsep kesamarataan dan juga harta anda adalah punyaan negara. dan selalunya komunism adalah bercorak pemerintahan tentera.

    Comment by mysticmind — May 24, 2006 @ 8:44 am

  4. update! update ler.. haha

    Comment by mysticmind — June 24, 2006 @ 3:21 am

  5. Haha

    Comment by dRA — January 14, 2007 @ 4:51 am

  6. Hanya negara Republik Islam sahaja atau United States Of Islamic States sahaja penyelesaiannya.Fahaman kita ialah Islamnisme,bukan demokrasi,komunis,sosialis atau apa2 sahaja.Fahaman kita ialah Islamnisme.Semua yang kita lakukan hendaklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

    Jekael: I don’t think you get my whole point. The point is be it Communist, Democratic or Islamist, a good leader is what we need most. What constitutes a good leader have been outlined right in front of us. Even Islamist governments did unaccaptable things like massacres, political assasination, bribery, debauchery etc.  

    Comment by AthrunZala2007 — April 21, 2007 @ 2:08 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress